Tosin Abasi
Tosin Abasi

Tosin Abasi

Oluwatosin Ayoyinka Olumide "Tosin" Abasi merupakan ahli muzik Amerika Syarikat berbangsa Nigeria, dan paling dikenali sebagai pengasas dan pemain gitar utama dalam kugiran progresif metal Animals as Leaders. Sebelum mengasaskan Animals as Leaders, dia pemain gitar dalam kugiran metalcore teknikal Reflux.[1] Dia sudah merakam dan menerbitkan 4 album dengan Animals as Leaders. Sebagai pemain gitar yang sangat mahir, majalah Guitar World meletakkan Tosin di #97 dalam Senarai 100 pemain gitar yang paling hebat sepanjang zaman.Antara kumpulan muzik yang disertainya ialah PSI (Pounds Per Square Inch), Reflux, Animals as Leaders dan T.R.A.M..